Hubungi

Kg. Baru Batu 13, Jln Sintok, Changlun

+6049241139

masdarquranic@masdar.edu.my

VISI, MISI, FALSAFAH & MOTO

VISI

Melahirkan Huffaz Rabbani Pemimpin Ummah

MISI

Beriltizam memupuk kelahiran huffaz berilmu, beriman, berakhlak, dan berketerampilan yang menghayati nilai-nilai rabbani melalui sistem pendidikan bersepadu dan berkesan untuk mengimarahkan muka bumi sebagai khalifah Allah.

FALSAFAH

Sistem pendidikan ini bercita-cita dan berusaha untuk membangunkan insan yang seimbang dari segi intelektual, emosi, spiritual, kerohanian dan fizikal bagi melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dengan penuh ikhlas dan reda.

MOTO

NURTURING QURANIC GENERATION
"Memupuk Generasi al-Quran”

KONSEP

Maahad tahfiz berkonsepkan integrasi Diniah, Akademik dan Tahfiz.

Silibus dengan penekanan kepada Tarbiah.

Berasrama penuh.

Membangunkan pelbagai kompetensi dan kemahiran kepimpinan.

Pengambilan pelajar - tempatan dan antarabangsa.

MATLAMAT

Menyediakan dan melahirkan generasi huffaz berilmu dan menguasai kandungan Quran serta merealisasikannya dalam kehidupan.

Melahirkan para huffaz yang memiliki sahsiah terpuji.

Melahirkan para huffaz yang mempunyai kecerdasan emosi, mental dan fizikal yang terbaik.

Menjana huffaz berpengetahuan luas serta menguasai pelbagai kompetensi bagi melaksanakan tugas sebagai dai dan murabbi.

Melahirkan huffaz berwibawa dan berketerampilan yang akan menjadi pemimpin ummah di masa hadapan.Melahirkan para huffaz yang memiliki sahsiah terpuji.