Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin atau ringkasnya MASDAR ditubuhkan atas kesedaran menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat melalui institusi pendidikan yang holistik dan bersepadu yang merangkumi kurikulum tahfiz, diniah dan akademik.
MASDAR telah memulakan sesi pengajian pada 8 Januari 2012 dengan pengambilan pertama seramai 46 orang yang terdiri dari 29 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan di Padang Sera, Kodiang, Kedah.
Mulai 29 September 2012 MASDAR telah menumpang di Sekolah Agama At-Toyyibah, Kg Padang Halban, Changlun, Kedah, sementara menunggu bangunan tetap MASDAR yang terletak di atas Lot 2215, Mukim Temin, Changlun, Kedah (3 km dari Pekan Changlun, Jalan lama Changlun-Sintok) di kawasan seluas 2.5 ekar siap dibina.
Mulai tahun 2014, MASDAR telah beroperasi di lokasi sekarang. Kini MASDAR mempunyai dua blok empat tingkat, satu blok setingkat dan dua blok pejabat, dengan bilangan murid 258 orang.