Seluruh warga Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin (MASDAR) dengan keazaman dan iltizam yang kukuh berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
MURID
- Memastikan kebajikan dan keselamatan semua murid diutamakan.
- Memastikan semua murid mendapat pendidikan dan pembelajaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
- Memastikan semua kerja murid akan disemak dengan teliti dalam jangka masa dua hari selepas diberi.
- Menyediakan kemudahan asrama, surau dan tempat pembelajaran (bilik darjah dan bilik khas) mencukupi dan sempurna.
- Meningkatkan usaha untuk meninggikan mutu pencapaian murid.
- Memastikan semua murid melalui wasilah Tarbiah yang ditetapkan.
STAF
- Memastikan pengagihan waktu mengajar yang seimbang.
- Memastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang.
- Memastikan setiap staf mendapat peluang latihan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pembentukan sikap sekurang-kurangnya 4 kali setahun melalui latihan dalam perkhidmatan.
- Memastikan kebajikan staf diurus dengan sewajarnya.
- Memastikan semua staf melalui proses tarbiah yang ditetapkan.
IBU BAPA & KOMUNITI SETEMPAT
- Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.
- Memastikan segala aduan daripada ibu bapa akan mendapatkan perhatian dan tindakan segera.
- Memastikan kad kemajuan pelajar diberikan 3 minggu selepas peperiksaan.
- Menyediakan peluang kepada ibu bapa dan komuniti setempat mendapat tasawur Islam melalui program-program yang disediakan.
PEMEGANG TARUH
- Memastikan laporan dihantar ke Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan.
- Memastikan segala urusan surat menyurat dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK) atau Kementerian Pendidikan Malaysia berbalas dalam tempoh 7 hari.
- Memastikan segala keputusan Ahli Lembaga Pengelola (ALP) dilaksanakan dengan sebaik mungkin.