COURSES FOR FREE, REGISTER NOW
Creative in research and teaching.
Creative in research and teaching.
MASDAR, 9.00 pagi, 10 November 2019 berlangsung satu Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan 24 orang pelajar (9 lelaki dan 15 perempuan) yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Mejar (K) Dato Haji Abd Rahman bin Ismail, Mantan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
Majlis seumpama ini julung-julung Kali diadakan bagi memberi semangat dan motivasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha dalam menghafal dan mencintai Al-Quran.
Majlis dimulakan dengan acara khatam Al-Quran yg diketuai oleh Muhammad Luthfi bin Mohd Fauzi serta bacaan doa Khatam Al-Quran oleh Said Bilal bin Solehuddin.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmi, beliau sangat tersentuh dengan pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Beliau menyeru semua yang hadir supaya terus membaca Al-Quran dan berbuat baik setiap hari. Mudah-mudahan, kita semua terselamat Dan dikurniakan husnul khotimah.
Majlis ini juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh Masdarul Haq (Kumpulan Nasyid Masdar) yang bertajuk Hakikat